Taman Tema Air Fantasia Aquapark – Jitra Kedah

Assalamualaikum. Taman Tema air sememangnya satu tempat yang menarik untuk membawa keluarga bercuti. Terutamanya bagi kanak-kanak pada musim cuti sekolah.  Terbaru di Kedah terdapat sebuah taman tema air yang baru dibuka iaitu Fantasia Aqua yang menjadi tempat menarik terbaru di Jitra, Kedah.

Di Pahang terdapat Gambang Waterpark manakala di Perak pula Lost World Tambun yang menjadi tumpuan untuk mandi manda bersama keluarga. Satu lagi tarikan terbaru buat orang Kedah iaitu Taman tema air Fantasia Aquapark. Dibuka kepada orang ramai secara rasminya pada 2 November 2017. Satu-satunya taman tema air yang ada di Jitra ni.

Orang-orang belah utara boleh membawa anak-anak mandi di sini. Budak-budak mesti syok mandi sambil main dalam kolam. Pelbagai tarikan yang bakal menanti anda di sini dan bukan sekadar mandi sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan. “Jom Lencun” merupakan slogan bagi taman tema air ini. Anda boleh mandi sepuas hati dan berseronok bersama keluarga.

Info Menarik di Fantasia Aqua Jitra Kedah

Lokasi :-

Harga Tiket

Harga Tiket Masuk :-

  • Kanak-kanak : RM 12.00
  • Dewasa : RM 15.00
  • Senior Cetizen : RM 15.00

Harga Sewa Pelampung :-

  • Single Tube : RM 10.00
  • Double Tube: RM 15.00
  • Locker : RM 5.00

** Setiap barang yang di sewa dikenakan deposit sebanyak RM 10.00

Anda juga boleh terus ke Fantasi Aquapark Website untuk menempah tiket.

Panorama Yang Cantik Di Fantasia Aquapark

Penuhi masa cuti-cuti anda bersama anak-anak di Fantasi Aquapark terutama orang Jitra, Kedah.