10 Rahsia & Manfaat Halia Untuk Kesihatan & Kecantikan

Ginger atau pun halia telah digunakan secara meluas dalam dunia masakan tidak mengira jenis.Khasiat  halia sebenarnya sangat banyak.

Tapi, pernahkan anda semua terfikir. Apakah yang ada dalam halia ini sehingga disebut sebut oleh pakar kesihatan kebaikannya?

Lebih daripada 2000 tahun yang lalu, masyarakat Cina mempercayai bahawa halia berupaya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Halia mampu untuk meningkatkan tenaga dalam badan selain daripada meningkatkan kadar metabolisma badan.

Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan halia ini menjadi pillihan utama dalam mengubati penyakit. Ayuh sama sama kita lihat kebaikan halia untuk kesihatan dan kecantikan.

mengapa halia sering menjadi pilihan? jom baca

1. Mengawal Aliran Darah Yang Normal

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu dalam meningkatkan kitakan darah dan juga menghalang daripada demam dan peluh yang berlebihan

2. Pengubat Mual

Halia telah terbukti sejak dahulu lagi sebagai pengubat bagi pelbagai jenis mual. Ini termasuklah ‘morning sickness’, mual selepas menjalani pembedahan dan mual selepas menjalankan rawatan kimoterapi.

Bagi ibu ibu mengandung, usah bimbang! Pakar kesihatan mendapati halia tidak membawa kesan yang memudaratkan pada bayi di dalam kandungan.

3. Meningkatkan Kadar Penyerapan

Halia boleh meningkatkan kadar penyerapan nutrient yang penting daripada makanan yang kita makan. Oleh sebab itulah, halia banyak digunakan dalam pembuka selera memandangkan ia boleh stimulasikan selera dan membuatkan sistem pencernaan makanan anda lebih bersedia untuk menerima makanan.

4. Mengelakkan Demam dan Selsema

Sejak lebih beribu tahun yang lalu, halia telah banyak digunakan sebagai penyembuh bagi demam selsema di sekitar Asia.

University of Maryland Medical Center mendakwa bagi orang dewasa,hanya 2 sudu besar air suam yang direndam halia yang sudah dicincang sudah memadai untuk mengubati demam dan selsema. Disarankan untuk mengambilnya 2 hingga ke 3 kali sehari.

5. Merawat Ketidakselesaan Perut

Halia adalah ubat yang terbaik bagi merawat masalah pencernaan dan mengelakkan sakit perut yang berpanjangan. Halia terbukti mampu untuk mengurangkan kesakitan setanding dengan panadol.

6. Melindungi Diri Anda Daripada Kanser Usus

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University of Minnesota mendapati bawang putih boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser usus

7. Melegakan Kesakitan

Memandangkan halia mengandungi enzim yang boleh mengurangkan kesakitan, maka tidak hairanlah jika ia dikenali sebagai ubat penahan sakit semula jadi. Tidak perlulah kita susah susah ke kedai jika berlaku apa apa kesakitan!

8. Membantu Untuk Mengatasi Masalah Pernafasan

Halia boleh membantu untuk menghilangkan kahak dan melegakan paru paru anda jika anda mengalami masalah pernafasan. Masalah pernafasan seperti batuk, sesak nafas dan sebagainya boleh diatasi dengan hanya meminum halia. Jangan lupa, halia juga boleh membantu melegakan kesakitan dengan cepat!

9. Merawat Kanser Ovari

Kanser Ovari tersenarai antara 3 kanser yang paling kerap dihidapi oleh rakyat Malaysia terutamanya wanita. Hingga kini penawar untuk kanser ini masih belum ditemui. Tetapi, kita masih mempunyai rawatan semula jadi. Serbuk halia sebenarnya sangat membantu dalam mematikan sel kanser

9. Menguatkan Sistem Imuniti Diri

Masalah kesihatan seperti strok boleh dijauhi dengan hanya memakan sedikit halia setiap hari. Halia membantu dalam memecahkan sel lemak yang berkumpul daripada saluran darah dan mengurangkan jangkitan bakteria di dalam perut.

Bukankah halia ini penahan sakit semula jadi. Maka tiada masalah untuk mengubati sakit tekak dan batuk teruk.

75% daripada wanita mengandung telah Berjaya membuktikan bahawa halia sangat Berjaya dalam mengubat ‘morning sickness’ yang biasa berlaku di trimester pertama. Jadi, jangan pandang rendah kepada halia!